'UMNO masih dikongkong orang-orang lama' - Khir Toyo

Iklan
Khir Toyo.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] UMNO dijangka akan mengalami keputusan yang lebih teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kerana keengganan parti itu untuk berubah dan masih dikongkong oleh orang-orang lama.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, lebih mengecewakan apabila ramai pemimpin parti itu yang enggan bertanggungjawab walaupun UMNO mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya.

Iklan
Iklan

Sedangkan katanya, beliau mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi UMNO Selangor apabila kekalahan besar UMNO dan BN dalam pilihan raya umum pada tahun 2008, seterusnya memberi laluan kepada muka baharu.

Program Interviu yang bertajuk Dari UMNO ke Bersatu: Episod baharu Khir Toyo dalam politik Malaysia yang berlangsung di Kompleks Karangkraf.

Iklan

“Ini menunjukkan bahawa jika UMNO ingin menjadi parti dominan, UMNO kena lakukan sesuatu yang drastik.

“Tapi pemimpin hari ini yang kalah pertandingan bahagian, pilihan raya pun tak nak letak jawatan. Jadi macam mana tenaga muda nak masuk dalam UMNO untuk membuat perubahan dan pemulihan parti?” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian semasa program Interviu yang dihoskan Haizir Othman, bertajuk Dari UMNO ke Bersatu: Episod baharu Khir Toyo dalam politik Malaysia yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

Mohamad Khir turut mendedahkan bahawa banyak akar umbi UMNO kini semakin lesu.

“Saya gunakan indikator mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO baru-baru ini yang berlaku, tak semua ahli jawatankuasa (AJK) UMNO cawangan turun. Saya tak jangka ada mesyuarat Pemuda bahagian yang dihadiri oleh semua AJK Pemuda cawangan.

“Ini nampaknya orang muda telah mula menjauhkan diri daripada UMNO dan tidak dapat kita panggil disatukan kembali untuk menyokong UMNO.

“Saya lihat hari ini dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri), lagi bermasalah kita. Ditambah pula dengan DAP yang secara terbuka memohon perkara-perkara yang sangat melukakan hati orang Melayu,” jelasnya.

Beliau berkata, sikap sebegitu menyebabkan sukar untuknya berjuang untuk parti dan mengakui bukan mudah bagi membuat perubahan, apatah lagi setelah hampir 20 tahun kehilangan Selangor.

Jelasnya, UMNO masih tidak berubah dan tiada jaminan untuk parti tersebut berbuat demikian dengan kepimpinan yang sama pada masa ini.

Disebabkan itu, Mohamad Khir lebih selesa dengan haluan barunya dengan Bersatu sejak 1 Julai lalu.

“Itulah yang menyebabkan saya rasa, kita kena ikut trend yang ada hari ini. Orang muda sekarang dah tak nak UMNO.

“Mereka nampaknya beralih kepada Bersatu dan Bersatu juga perjuangannya lebih mirip pada UMNO. Kalau kita tak boleh tukar dekat 20 tahun UMNO ini, saya tak jangka pilihan raya ini akan bertukar,” katanya.