Pembangunan Putrajaya perlu jadi cerminan kejayaan Malaysia
Iklan
Annuar mendengar taklimat oleh pengurusan kanan Perbadanan Putrajaya semasa mengadakan lawatan ke Perbadanan Putrajaya semalam. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Konsep pembangunan Putrajaya di masa depan perlu menjadi cerminan kepada kejayaan negara dari sudut perancangan, seni bina dan pengurusan alam sekitar, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, Putrajaya berkembang pesat menjadi bandar pentadbiran bertaraf dunia yang sering menjadi rujukan negara lain sejak pembukaannya 25 tahun lepas.
Iklan
Iklan
"Untuk itu, kita akan pastikan pembangunan Putrajaya di masa akan datang diteruskan mengikut konsep sedia ada bagi mengekalkan keistimewaannya yang sering dirujuk perancang, pengurus dan pentadbir bandar daripada pelbagai negara," katanya.
Annuar berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini semalam.
Iklan
Hadir sama Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Beliau berkata, antara cabaran utama adalah untuk mengekalkan kehijauan dan alam sekitar berkualiti di Putrajaya berdasarkan konsep pembangunan Green City yang menjadi ikonik kepada bandar pintar itu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>