20 rakyat Gaza maut dihempap trak bawa bantuan

Iklan
Seramai 20 rakyat Palestin terbunuh dan puluhan cedera pada Rabu apabila sebuah trak yang membawa bantuan terbalik menimpa orang ramai.

GAZA - Seramai 20 rakyat Palestin terbunuh dan puluhan cedera pada Rabu apabila sebuah trak yang membawa bantuan terbalik menimpa orang ramai di bahagian tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.

Menurut sumber tempatan, insiden itu berlaku ketika sejumlah besar orang awam, ramai yang mengalami kebuluran teruk, berkumpul untuk menerima bantuan kemanusiaan di tengah-tengah sekatan dan pencerobohan tentera yang berterusan.

Iklan
Iklan

Mereka berkata, trak itu terbalik selepas tentera Israel didakwa memaksanya menggunakan jalan yang tidak selamat.

Tragedi itu menonjolkan skala bencana kemanusiaan di Gaza, apabila usaha mendapatkan makanan asas pun telah menjadi ancaman nyawa.

Iklan

Menurut angka rasmi, 52 pekerja bantuan terbunuh dan 352 cedera setakat semalam.

Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan kini meningkat kepada 1,568, dengan 11,230 cedera. - Bernama 

Iklan