'Sukar mereka terima saya pada awalnya' - Pemenang Anugerah Tokoh Ngaji

Iklan
Sharifah Mastura (kanan) menerima Anugerah Tokoh Ngaji 2025 yang disampaikan Mohd Na'im (tengah) sambil diperhatikan Hussamuddin pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Tokoh Ngaji 2025 akui berdepan pelbagai cabaran ketika menguruskan Rumah Ngaji di bawah jagaannya termasuk dari segi mendapatkan kepercayaan ahli komuniti pusat berkenaan.

Penggerak Rumah Ngaji ALA, Bachok, Kelantan, Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad, 61, berkata, kekangan jarak jauh antara tempat tinggalnya dengan Rumah Ngaji tersebut menyebabkan wujud jurang keyakinan terhadap kepimpinan beliau pada awalnya sekali gus menjejaskan usaha menyebar luas pembelajaran al-Quran di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

''Cabaran utama adalah dari segi kepercayaan. Pada permulaan sukar untuk komuniti yang jauh dari tempat tinggal saya itu menerima (pembelajaran) Rumah Ngaji.

Suasana Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 2025 yang dipenuhi dengan kehadiran peserta di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Iklan

"Namun begitu dengan adanya beberapa orang yang memang aktif di kawasan itu, mereka berjaya membawa suri rumah dan isteri-isteri petani untuk bersama dengan Rumah Ngaji.

"Cabaran lain adalah pandangan atau persepsi orang ramai terhadap usaha kita dalam menggerakkan kumpulan. Itu biasa dihadapi oleh kami," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian sempena Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 1.0 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Suasana Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 2025 yang dipenuhi dengan kehadiran peserta di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Sharifah Mastura dianugerahkan sebagai Anugerah Tokoh Ngaji sempena penganjuran Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia yang pertama kali diadakan sejak penubuhannya 13 tahun lalu.

Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000, tiket penginapan istimewa di Erya by Suria, Quran Amazing Perjilid, satu set buku nota My #QuranTime (MQT), plak penghargaan khas dan sijil penganugerahan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan turut dihadiri Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub.

Ujar Dr Sharifah Mastura yang berasal dari Parit Buntar, Perak, pengiktirafan tersebut diharap membuka lebih banyak peluang untuk menyebarluas mesej bacaan dan tadabbur al-Quran kepada seluruh masyarakat umat Islam.

Beliau yang telah lapan tahun melibatkan diri dalam Rumah Ngaji turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Persatuan Rumah Ngaji Kelantan, Pertubuhan Ikram (Ikram) Bachok, Kelantan, warga Rumah Ngaji ALA dan keluarga.

"Usaha menggerakkan Rumah Ngaji ALA ini bukan usaha sendiri tetapi semua pihak kerana kita bergerak sebagai sebuah pasukan," ujarnya.

Menurutnya, program yang mengangkat Surah Al-Saff pada tahun ini turut dilihat sebagai usaha perjuangan diri dalam membawa al-Quran kepada masyarakat.