Dadah rampasan bernilai RM2 juta dilupus
Iklan
Mohd Alwi (tengah) menunjukkan dadah yang akan dilupuskan selepas sidang media di Stor Barang Kes Berpusat Kontinjen Seberang Perai Utara pada Isnin.
BUTTERWORTH- Polis Pulau Pinang melupuskan dadah bernilai RM2 juta melibatkan pelbagai jenis rampasan daripada tahun 2010 hingga 2024 dalam satu operasi khas bersama syarikat pengurusan sisa Kualiti Alam Sdn Bhd pada Isnin.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, sejumlah 120,901.4 gram (g) dadah telah dilupuskan melibatkan heroin dan monoacetylmorphine (19,750g), kanabis (53,575.9g), ketamin (2,873.9g), methamphetamine (42,614.6g) dan pelbagai jenis pil psikotropik (2,087.1g).
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesemua dadah itu dirampas menerusi 5,265 kertas siasatan dari lima daerah di negeri ini.
“Sekiranya dadah ini berjaya diseludup ke pasaran, ia boleh menampung kegunaan 1,385,427 orang penagih.
Iklan
"Pelupusan dilakukan mengikut prosedur ketat dan teknologi yang diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan keselamatan dan kelestarian alam,” katanya pada sidang media di Stor Barang Kes Berpusat Kontinjen Seberang Perai Utara, di sini pada Isnin.
Jelasnya, semua barang kes diperiksa terlebih dahulu sebelum dihantar ke lokasi pelupusan di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kawalan ketat oleh pasukan polis bagi menjamin ketelusan proses.
Iklan
Tambahnya, usaha berterusan dilakukan bagi mengekang penyalahgunaan dadah yang kekal sebagai musuh nombor satu negara.
“Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini sahaja, seramai 14,146 individu ditahan membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Ia termasuk 4,498 kes pengedaran dan pemilikan dadah. Sebanyak 4,170 kes (92.71 peratus) telah dituduh di mahkamah,” katanya.
Tambahnya, dalam tempoh sama, sebanyak 7,938 siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 251 orang dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39C(1) akta sama.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.