SRG.OG dapat lebih RM2 juta, netizen yang hina dapat apa?

Iklan
SRG.OG gagal pertahan kejuaraan MSC selepas tewas 1-4 kepada Team Liquid PH dari Filipina dalam final MSC 2025 di Riyadh. Foto MPL

KELMARIN, Selangor Red Giants (SRG.OG) sekali lagi melangkah ke pentas akhir Mid Season Cup 2025 buat tahun kedua berturut-turut. Bukan pergi melancong, tapi berperang dalam gelanggang e-sukan serantau yang penuh tekanan dan strategi.

Ya, mereka tak pulang dengan piala selepas kalah dengan jaguh Filipina, Team Liquid PH, tetapi mereka pulang dengan maruah dan sudah tentu berbekalkan wang hadiah AS$500,000 atau lebih RM2 juta!

Iklan
Iklan

Merak Jalanan tengok, di tanah air sendiri, apa sambutan yang mereka dapat? Bukan bunga, bukan bendera tetapi tikus-tikus papan kekunci yang menyalak seolah-olah mereka paling profesional mengalahkan Coach Arcadia.

Ada yang kata kalah tak patut disanjung. Tapi peliknya, mereka lupa SRG.OG ini back-to-back final, satu-satunya wakil negara yang konsisten bawa nama Malaysia ke kemuncak. Dalam arena antarabangsa, mereka dihormati. Tapi balik kampung sendiri, disepak dengan komen cap ayam.

Iklan

Inilah budaya bila menang kita lupa, bila kalah kita cerca. Inilah penyakit jiwa sarkastik lokal, bila pasukan sendiri kalah, bukan nak sokong tetapi buat lawak bodoh konon lucu padahal menghina.

Netizen kita ini pelik. Pasukan negara bawa pulang jutaan ringgit, dunia tepuk tangan tetapi netizen sibuk kirim emoji badut.

Iklan

SRG.OG tak minta dipuja tetapi sekurang-kurangnya, kalau tak mampu beri sokongan, jangan jadi si paling lantang dalam kutukan.

Cuba tanya diri, apa sumbangan kita? Mereka yang bertempur atas pentas dunia, kita yang duduk depan skrin sambil kunyah jajan pun rasa berhak menghakimi?

Sebab SRG.OG tetap akan naik. Mereka bukan hidup dari komen jahat. Mereka hidup dari latihan berjam-jam dari tekanan yang kita takkan faham.

Bila satu hari nanti mereka julang piala dunia, jangan tiba-tiba nak claim “aku support dari dulu!”