Tarif eksport AS terhadap Malaysia masih kompetitif – Johari

Iklan
Pusat hiburan tawar khidmat GRO warga Myanmar diserbu

PASIR GUDANG – Kadar tarif eksport sebanyak 19 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap komoditi negara, termasuk kelapa sawit, masih dianggap kompetitif dan tidak membebankan berbanding negara ASEAN lain.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia masih berada pada kedudukan baik dari segi persaingan kerana kadar tarif itu adalah antara yang terendah dalam kalangan negara serantau.

Iklan
Iklan

"Paling penting, tarif 19 peratus ke atas Malaysia oleh Amerika Syarikat adalah antara yang terendah dalam ASEAN.

"Walaupun Indonesia pengeluar kelapa sawit terbesar dunia, republik itu turut dikenakan kadar tarif yang sama," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar pada Sabtu.

Iklan

Menurut Johari, Malaysia merupakan pengeluar kelapa sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia, sekali gus meletakkan negara ini dalam kedudukan ‘persaingan adil’.

"Kalau kita tengok dalam konteks komoditi kelapa sawit, Indonesia adalah pengeluar nombor satu dunia, kita pula nombor dua.

Iklan

"Namun, Indonesia pun dikenakan 19 peratus seperti Malaysia. Jadi tiada masalah, maknanya kita ‘fair fight’ lah," katanya.

Sebelum itu, Malaysia dilaporkan dikenakan tarif eksport 19 peratus oleh AS berdasarkan perintah eksekutif ditandatangani Presidennya, Donald Trump.

Dokumen pelarasan kadar tarif timbal balas itu bertarikh 31 Julai 2025 dan sudah dimuat naik di laman rasmi Rumah Putih.

Sebelum ini, Trump menetapkan kadar tarif 25 peratus terhadap Malaysia, namun difahamkan, perbualan telefon antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, mungkin antara faktor pengurangan kadar tersebut.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, tiada isu besar timbul terhadap eksport komoditi negara susulan kadar baharu itu.

"Malaysia masih mampu bersaing secara adil di pasaran antarabangsa.

"Saya tak nampak masalah setakat ini atas penetapan tarif 19 peratus oleh AS terhadap eksport komoditi negara kita," katanya.