Tiga lelaki disyaki terlibat hubungan sejenis, seks berkumpulan ditahan

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Rahmad

MELAKA – Perbuatan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam hubungan sejenis dan seks berkumpulan terbongkar selepas mereka dicekup oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan kerjasama polis pada Khamis.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia 21, 24 dan 26 tahun ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas JAIM menerima aduan disertakan bukti bergambar dan rakaman video yang menunjukkan perlakuan mereka.

Iklan
Iklan

“Kesemua telefon bimbit milik suspek telah disita bagi membantu siasatan dan dijadikan barang kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut Rahmad, perbuatan terbabit jelas melanggar hukum syarak dan mencerminkan gaya hidup songsang yang semakin menular hasil pengaruh budaya luar.

Iklan

“Budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah memberi kesan terhadap kesihatan awam, selari dengan data Jabatan Kesihatan Negeri Melaka yang menunjukkan peningkatan kes jangkitan penyakit bawaan hubungan seksual (STD) seperti HIV, AIDS, Chancroid, Gonorrhea dan Sifilis,” ujarnya.

Tambah beliau, ketiga-tiga individu berkenaan disiasat mengikut Seksyen 56 (liwat), Seksyen 57 (percubaan liwat) dan Seksyen 58 (hubungan jenis luar tabii) di bawah Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Iklan

Dalam pada itu, JAIM menasihatkan umat Islam di negeri ini agar menjauhi amalan gaya hidup LGBT yang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat.

Dipercayai perbuatan mereka terbongkar apabila salah seorang membuat laporan polis selepas mereka bergaduh sebelum ketiga mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang menyerahkan kes itu kepada JAIM.