Isu gangguan bekalan air dapat perhatian TMJ
Iklan
Tunku Mahkota Ismail
JOHOR BAHRU - Isu gangguan bekalan air yang semakin kerap berlaku di negeri ini mendapat perhatian serius Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) yang bertitah akan memantau sendiri perkembangan isu berkenaan seterusnya berusaha mencari jalan penyelesaian segera.
Baginda menyatakan komitmen itu menerusi satu hantaran di akaun rasmi X milik baginda, sebagai respon kepada pengguna akaun BrotherhoodJHR yang meluahkan kekecewaan terhadap gangguan bekalan air di Pontian yang berlarutan sehingga hari keempat.
Iklan
Iklan
“Saya akan pantau dan cuba selesaikan dengan segera. Ini pentingnya kita jaga air Johor, aset Johor sendiri dan bukan berada di bawah syarikat yang dilantik oleh"federal" (Persekutuan).
“Doakan kewangan negeri meningkat di mana kita boleh beli saham air Johor dan meletakkan air negeri di bawah jagaan kerajaan negeri. Insya-ALLAH” titah baginda.
Iklan
Kenyataan TMJ itu mencuri perhatian warga maya, dengan ratusan pengguna tampil berkongsi keluhan berhubung gangguan air di kawasan masing-masing termasuk tekanan rendah dan kualiti air keruh.
Seorang pengguna memaklumkan Pontian sebelum ini jarang mengalami gangguan, namun sejak Isnin lalu, air terputus terutama pada waktu siang.
Iklan
“Terima kasih atas respon Tuanku. Harap Tuanku boleh cari orang-orang yang terlibat dalam masalah ini dan tolong kami,” tulisnya dalam komen yang menerima lebih 3,000 tanda suka.
Setakat jam 12.36 tengah hari tadi, hantaran berkenaan mencatat lebih 36,000 tontonan dengan 123 siaran semula dan 539 tanda suka.
Masalah gangguan bekalan air di Johor semakin meruncing sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk insiden besar pada Mei lalu yang menjejaskan lebih 155,000 akaun pengguna di Johor Bahru selepas enam pam air mentah di Loji Rawatan Sungai Johor rosak akibat ditenggelami air selepas hujan lebat.
Seterusnya, media melaporkan lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang bermula 15 Julai.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.