TAIF - Suasana di Green Mountain Resort, Taif, Arab Saudi bertukar panik apabila sebuah permainan taman tema dikenali sebagai ‘360 Degrees’ runtuh ketika sedang beroperasi, menyebabkan 23 pengunjung cedera.
Menurut laporan Daily Mail, kejadian berlaku pada Khamis lalu apabila permainan berputar itu tiba-tiba menghentam tiangnya sendiri sebelum terbelah kepada dua bahagian, menyebabkan penumpang terhempas ke tanah.
Iklan
Iklan
Rakaman video tular menunjukkan detik mencemaskan ketika permainan berkenaan mencapai ketinggian maksimum, sebelum kedengaran bunyi retakan kuat disusuli jeritan pengunjung.
Jeritan kegembiraan bertukar menjadi laungan ketakutan apabila struktur permainan itu runtuh secara tiba-tiba, namun kesemua penumpang dilaporkan tidak tercampak keluar kerana diikat tali keselamatan dengan kemas.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah, manakala selebihnya cedera ringan dan segera diberikan rawatan.
Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap insiden tersebut dan operasi taman tema itu dihentikan sementara waktu bagi tujuan keselamatan.
Artikel Berkaitan