Anggota polis ditikam ketika lakukan pemeriksaan

Iklan
Gambar tular memaparkan anggota polis cedera ditikam suspek di Jalan Pudu pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis cedera selepas ditikam oleh seorang lelaki semasa menjalankan pemeriksaan di Jalan Pudu di sini pada Khamis.

Ketika kejadian, anggota yang bertugas di Balai Polis Pudu itu dilaporkan sedang melakukan tugasan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, semasa anggota polis itu sedang melakukan pemeriksaan ke atas suspek, dia telah ditikam dengan menggunakan pisau di bahagian perut.

"Selepas menikam mangsa, suspek terus melarikan diri. Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas tidak jauh dari lokasi kejadian.

Iklan

"Anggota polis itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras untuk rawatan lanjut," katanya.

Difahamkan pihak polis turut merampas pisau yang digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.

Iklan

"Hasil pemeriksaan lanjut, suspek yang berusia 56 tahun dipercayai memiliki 14 rekod jenayah lampau," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.