RISDA sasar keuntungan RM900,000
Iklan
Ketua Pengarah RISDA, Zainal Azni Zulkifli (kiri) mencuba makanan yang diberikan oleh usahawan ketika melawat reruai di MITEC pada Rabu.
KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyasarkan keuntungan sebanyak RM900,000 sempena jualan usahawan dalam Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D).
Ketua Pengarahnya, Zainal Azni Zulkifli berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan jumlah kehadiran pengunjung yang dijangka mencecah dua juta orang sepanjang tempoh lima hari penganjuran karnival berkenaan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, 90 usahawan pekebun kecil dibawah bimbingan RISDA telah dibawa untuk sertai MK3D, termasuk mereka yang terlibat dalam penghasilan produk makanan, kraftangan, jahitan, percetakan dan lain-lain.
"Kami optimis sasaran ini akan dicapai. Ini antara inisiatif atau promosi kepada orang ramai tahu mengenai produk-produk usahawan di bawah RISDA," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Reruai RisSMart24 dalam MK3D, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Rabu.
MK3D merupakan ekspo inisiatif kerajaan menghimpunkan tiga program utama daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Iklan
Menurut Zainal Azni, penyertaan dalam karnival itu juga membuka peluang kepada usahawan luar bandar memasarkan produk mereka ke pasaran lebih besar, termasuk potensi menembusi peringkat antarabangsa.
Zainal Azni (tengah) ketika melawat reruai usahawan di bawah RISDA di MK3D, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Rabu.
Tambahnya, usahawan terpilih turut berpeluang menempatkan produk mereka di pasar raya milik RISDA, iaitu Rismart Grocery dan RisSMart24, selain mendapat sokongan termasuk dari segi bantuan pembungkusan dan pensijilan halal.
"Dalam Program Strategik RISDA 2025-2030 kita akan mengenal pasti produk untuk diangkat ke pasaran antarabangsa. Kita menyasarkan produk usahawan RISDA setaraf dengan jenama besar lain dan boleh dipasarkan di luar negara pada masa akan datang.
"Kalau pergi ke kedai RisSMart24, tedapat ratusan produk adalah daripada usahawan RISDA. Kita pastikan produk berkenaan lengkap dengan pembungkusan menarik dan kualitinya setanding produk komersial," ujarnya.
Mengulas lanjut, Zainal Azni berkata, selain bantuan tanaman semula, RISDA turut menyediakan program khas melalui Bahagian Pembangunan Usahawan.
"Pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM48.6 juta untuk membangunkan usahawan. Ini termasuklah bantuan pembungkusan, pemasaran melalui outlet serta pembangunan agro-pertanian.
"Selain itu, di bawah Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), produk usahawan turut dibantu untuk mendapatkan sijil halal. Kita memperuntukkan lebih kurang RM30,000 untuk membantu seorang usahawan, sehingga dia mendapatkan sijil halal," ujarnya.
Bantuan RISDA tingkat hasil keuntungan usahawan 70 peratus
Sementara itu, Inisiatif pelbagai bantuan daripada RISDA telah membantu usahawan meningkatkan hasil keuntungan jualan mereka  sebanyak 70 peratus.
Pengasas Rempeyek Che Yah, Siti Rokhiah Abdullah, 56 berkata, bantuan berbentuk modal, peralatan dan latihan keusahawanan yang disalurkan oleh RISDA telah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memperluas pasaran produk ke seluruh negara.
Siti Rokhiah (kiri) bersama suaminya menunjukkan produk Rempeyek Che Yah yang dijual di MK3D, MITEC pada Rabu.
"Saya telah membuat perniagaan ini hampir 30 tahun lalu, saya melalui  fasa perniagaan yang susah dan mencabar pada peringkat permulaan.
“RISDA telah membantu saya iaitu peruntukan berjumlah RM25,000 dan pelbagai peralatan.
"Begitu juga program seperti karnival ini, RISDA juga membantu memberi ruang kepada kami untuk mempromosikan produk kepada orang ramai," katanya ketika ditemui di Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) di sini pada Rabu.
Siti Rokhiah mengakui pelbagai cabaran terpaksa dihadapi ketika mula terlibat dalam perniagaannya.
Beliau berkata, selepas terlibat dengan RISDA, banyak perubahan telah dilakukan sehingga membawa jenama usahawan Rempeyek Che Yah ke peringkat antarabangsa.
"Selepas sertai RISDA, banyak perubahan berlaku. Alhamdulillah, sekarang jualan kita boleh capai RM50,000 ke RM70,000.
"Pada tahun lepas, Rempeyek Cik Yah juga terpilih untuk dibawa ke Turkiye oleh RISDA. Agensi ini telah memilih 10 usahawan seluruh Malaysia untuk membawa produk ke pameran antarabangsa berkenaan," ujarnya.
Sementara itu, Pengasas Dailymade Soya Organik, Nuruliffah Baharudin, 33 berkata, perniagaannya juga pernah mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 dan barangan pemberian  RISDA pada tahun lalu.
Nuruliffah menunjukkan produk soya organik keluarannya hasil daripada bantuan pihak RISDA.
"Saya telah berniaga sejak 2018, dengan bantuan RISDA saya mampu menyewa kedai dan  membesarkan lagi perniagaan saya serta mempromosikan produk.
"Antara bantuan yang diterima daripda Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) pada tahun 2022, bantuan pembungkusan pada 2023 dan saya masuk RISDA Groom Big Challenge (RGBC) pada 2024.
"Alhamdulillah dengan sokongan RISDA, perniagaan saya berkembang maju dan menjana pendapatan lumayan iaitu RM80,000 sebulan menerusi pemasaran produk kepada 30 vendor, termasuk ejen di setiap negeri," ujarnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.