Peniaga didenda RM3,000 jual ayam masak kicap tercemar

Iklan
Seorang peniaga di Marang didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menjual ayam masak kicap tercemar dengan bakteria Staphylococcus aureus. Gambar hiasan

MARANG – Seorang peniaga didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Marang pada Rabu selepas mengaku bersalah menjual makanan tercemar yang mengandungi bakteria berbahaya jenis Staphylococcus aureus.

Majistret Noryusriza Zulkifli menjatuhkan hukuman itu ke atas Razli Abdul Razak, 44, selepas orang kena saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan ke atasnya.

Iklan
Iklan

Bagi kesalahan itu, tertuduh turut berdepan hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menjual ayam masak kicap yang mengandungi Staphylococcus aureus pada kadar 9.5 x 10⁵ CFU/g kepada pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11.40 pagi di premis yang terletak di Kampung Baru Rhu Muda, Marang, pada 16 Februari lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(2) yang dibaca bersama Peraturan 397(1), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 397(2) peraturan yang sama.

Iklan

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ku Mazuki Ku Ismail, dibantu Syed Shariff Salleh.