Letupan kilang mercun di Thailand ragut sembilan nyawa

Iklan
Letupan yang berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan itu mengakibatkan keseluruhan struktur bangunan kilang musnah. Foto Agensi

BANGKOK – Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala dua lagi cedera dalam letupan kilang mercun di daerah Mueang, wilayah Suphan Buri, tengah Thailand pada Rabu.

Letupan yang berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan itu mengakibatkan keseluruhan struktur bangunan kilang musnah dan rentung, menurut maklumat yang dikongsikan pasukan penyelamat di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Polis mengesahkan jumlah korban meningkat daripada empat kepada sembilan, manakala dua mangsa cedera sedang dirawat di hospital berdekatan.

“Kami sedang berusaha mengenal pasti punca letupan,” kata Ketua Polis Daerah, Wanchai Khaoram kepada AFP.

Iklan

Kebakaran dan letupan kilang merupakan insiden biasa di Thailand, susulan penguatkuasaan keselamatan yang lemah.

Pada tahun lalu, letupan di sebuah lagi kilang mercun di wilayah sama mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang.

Iklan

Pihak berkuasa masih meneruskan pencarian mangsa di tapak kejadian. - AFP