[VIDEO] Reman suspek bunuh wanita hamil disambung tujuh hari

Iklan

PASIR MAS – Tempoh reman terhadap suspek kes bunuh seorang wanita hamil yang maut ditembak dalam kejadian di Kampung Repek di sini pada 3 Jun 2022 lalu, disambung selama tujuh hari bermula 31 Julai hingga 6 Ogos.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.

Iklan
Iklan

Permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Pasir Mas dengan menaiki kenderaan polis. Foto Sinar Harian-HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Iklan

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Kompleks Mahkamah Pasir Mas kira-kira jam 8.42 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek.

Iklan

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga, ditemui terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.