SHAH ALAM – YouGlow Clinic, sebuah klinik estetik profesional yang berpangkalan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hadiah dan rawatan percuma kepada para pengunjung sempena Karnival Siang Malam Karangkraf yang berlangsung dari 25 hingga 27 Julai lalu.
Penerajunya, Dr Karen Laleng David berkata, antara tawaran paling menarik adalah pemberian baucar kepada 100 peserta terawal yang menyertai sesi pound class dan rawatan carbon peel laser bernilai RM399 secara percuma dengan setiap peserta layak menerima satu baucar rawatan tanpa sebarang pembelian minimum.
Menurutnya, YouGlow Clinic turut menyediakan baucar PWP eksklusif untuk 200 pengunjung bertuah yang dipilih secara rawak sepanjang karnival.
“Pengunjung berpeluang mendapatkan rawatan pico laser atau CO2 Laser bernilai RM599 secara percuma dengan hanya melakukan pembelian minimum RM199 bagi sebarang rawatan yang ditawarkan oleh klinik tersebut.
“Kehadiran YouGlow Clinic dalam karnival ini membolehkan kami berkongsi informasi kesihatan kulit serta membolehkan mereka mencuba sendiri rawatan estetik dengan harga promosi atau secara percuma.
“Melalui penglibatan ini, YouGlow bukan sahaja memperkenalkan perkhidmatannya kepada khalayak yang lebih luas, malah menyumbang kepada misi karnival untuk membawa manfaat kesihatan, gaya hidup sihat dan hiburan kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya tentang perkhidmatan yang ditawarkan, Dr Karen menjelaskan YouGlow Clinic ialah sebuah klinik estetik moden yang mengutamakan rawatan tanpa pembedahan.
Selain itu, ia menawarkan penyelesaian kepada pelbagai masalah kulit dan tubuh seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, parut, pori terbuka serta isu berat badan yang memerlukan pemantauan perubatan, katanya.
Beliau yang juga seorang doktor berdaftar dan berpengalaman luas dalam bidang estetik serta pelangsingan berkata, YouGlow menekankan rawatan berkualiti tinggi, pendekatan beretika dan layanan mesra sebagai teras perkhidmatannya.
“Kami di YouGlow Clinic percaya setiap individu berhak mendapat rawatan perubatan estetik yang selamat dan profesional tanpa rasa tertekan atau dihakimi.
“Kami juga memastikan setiap rawatan disesuaikan mengikut keperluan unik setiap pesakit, disokong oleh teknologi moden dan pasukan yang berdedikasi,” ujar beliau.
Klinik yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan di sekitar Lembah Klang itu turut aktif berkongsi maklumat dan hasil rawatan melalui media sosial seperti Instagram dan TikTok di akaun rasmi @youglow.clinic.