Replika Tombiruo setinggi tiga meter menjadi tumpuan pengunjung di Festival Flora Borneo (BFF) @ Labuan, hari ini.
Diperbuat daripada kayu, replika itu melambangkan simbol peringatan kepada manusia agar menghormati alam, mematuhi pantang larang serta sentiasa menjaga kelestarian alam semula jadi.