Fadhlina arah JPN Sabah siasat dakwaan kes buli 2023

Iklan
Fadhlina

SHAH ALAM- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah telah diarahkan untuk segera menyiasat dakwaan kes buli yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu melibatkan seorang pelajar lelaki di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kes berkenaan dikatakan berlaku pada tahun 2023.

Iklan
Iklan

“Saya telah meminta pasukan JPN Sabah untuk segera menyiasat perkara ini.

“Pada masa sama, saya menyeru ibu bapa atau penjaga murid terlibat supaya tampil ke hadapan dan membuat laporan kepada JPN Sabah atau kepada pihak polis agar ia boleh disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

Iklan

“Kementerian Pendidikan tidak berkompromi dengan salah laku buli. Ia perlu dibanteras di semua peringkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sejak beberapa hari lalu, tular gambar seorang pelajar lelaki yang mengalami kecederaan di muka dan badan, dipercayai akibat menjadi mangsa buli di sekolah pada tahun 2023.

Iklan

Difahamkan, ibu bapa mangsa pada awalnya ingin membawa kes berkenaan ke muka pengadilan namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut disebabkan kekangan kewangan.

Kes berkenaan kembali tular susulan kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Agama di Sabah, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah berkenaan dalam kejadian pada 16 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

Insiden menyayat hati itu turut dikaitkan dengan dakwaan wujudnya unsur buli di sekolah terbabit, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Sehingga kini, desakan agar siasatan dijalankan secara adil dan menyeluruh terus disuarakan, termasuk menerusi media sosial dengan tanda pagar #JusticeForZara sebagai simbol solidariti dan keprihatinan terhadap insiden tersebut.