Generasi strawberi mengada-ngada, generasi kelapa lebih kental

Iklan
Banyak orang yang pantas melabelkan generasi strawberi atau Gen Z terlalu manja dan kerja lebih sikit dah stres. Gambar hiasan 123rf.

BARU-baru ini, Merak Jalanan bersembang dengan seorang rakan yang berkongsi kisah budak intern di tempat kerja jirannya.

Terkesima sekejap apabila rakan Merak Jalanan bercerita tentang ‘keberanian’ pelajar praktikal itu yang sanggup bersemuka dengan HR hanya kerana diminta membuat tugasan luar atas alasan ia di luar bidang tugasnya.

Iklan
Iklan

Perangai diva itu mengiyakan cakap banyak orang yang pantas melabelkan generasi strawberi atau Gen Z terlalu manja dan kerja lebih sikit dah stres.

Generasi strawberi ini dikatakan cepat merungut kerana tak tahan tekanan dan pantang terima teguran, terus down berbeza generasi Merak Jalanan yang dilabel generasi kelapa kerana tetap cuba hadapi apa jua cabaran di tempat kerja.

Iklan

Tetapi, adakah mereka mengada-ngada atau sebenarnya terlebih berani bersuara walaupun tak kena gaya.

Kalau dulu, 'geng kelapa' kerja sampai burnout pun diam je, tetapi Gen Z berani pertahankan kesihatan mental mereka dan memilih kerja yang fleksibel serta seimbang dengan gaya hidup.

Iklan

Dari sudut positif, Gen Z mungkin ada pandangan yang berbeza dan enggan ulang kesilapan generasi terdahulu dengan lebih mengutamakan harga diri dan tegas untuk cakap tidak pada perkara yang dianggap toksik.

Mereka membesar dalam persekitaran yang serba mencabar di tengah-tengah harga barang naik, gaji tak setara dan tekanan daripada media sosial antara punca Gen Z berperangai sedemikian apabila memasuki alam kerja.

Mungkin ada segelintir generasi strawberi yang terlalu selesa dan cepat melatah apabila bos beri arahan. Kumpulan kecil inilah yang tak boleh ditegur dan seterusnya ambil langkah drastik untuk resign dan selalu lompat kerja.

Tak apalah, biar Gen Z terus mengada-ngada, tetapi usah lihat ia satu kelemahan sebaliknya satu cara menjaga diri dengan meletakkan batasan pada setiap perkara. Jadi, apa yang geng kelapa boleh belajar daripada geng strawberi?