MERSING - Seorang lelaki warga emas cedera pada bahagian telinga selepas diserang seekor gajah di hadapan rumahnya di Kampung Wak Salam di sini pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, berdasarkan maklumat, mangsa yang berusia 64 tahun itu mahu ke surau untuk menunaikan solat Subuh, sebelum diserang oleh haiwan liar berkenaan sehingga terjatuh.