Chegubard ditahan polis - Peguam

Iklan
Badrul Hisham atau Che'gubard ditahan polis di kediamannya pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Aktivis politik, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di kediamannya pada Isnin bagi membantu siasatan berkenaan Himpunan Turun Anwar.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penahanan Chegubard kira-kira jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan dibuka atas dakwaan empat kesalahan iaitu Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Temu janji antara pegawai penyiasat dan CheguBard berkenaan perkara ini telah pun ditetapkan pada hari Selasa jam 11 pagi. Oleh itu, tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana CheguBard sentiasa memberi akujanji untuk menghadirkan diri di Bukit Aman," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada Isnin, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Mohamed Jan dalam sidang alhbar dilaporkan berkata, polis menerima empat laporan berkaitan Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka yang berlangsung pada Sabtu.

Satu kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkenaan patung menyerupai Perdana Menteri disebat di sekitar Masjid Negara.

Iklan

Tiga lagi kes berkaitan isu dron dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).

Dalam himpunan terbabit polis dilaporkan berkata, seramai kira-kira 18,000 orang menghadiri himpunan aman itu.