KPDN mohon tambah anggota, perkukuh penguatkuasaan 13 akta

Iklan
Aris (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada peserta badminton dari PDRM Kelantan.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memohon penambahan anggota penguat kuasa bagi memperkukuh pelaksanaan 13 akta di bawah bidang kuasa kementerian, khususnya melibatkan pemantauan subsidi dan harga barangan.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) KPDN, Aris Mamat berkata, keanggotaan sedia ada seramai 2,300 orang di seluruh negara masih belum mencukupi untuk menampung keperluan tugas semasa.

Iklan
Iklan

“Kami telah membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Setakat ini, kami menerima lebih 200 pengisian pegawai tambahan sedia ada, tetapi jumlah itu masih belum mencukupi untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan,” katanya.

Aris (tengah) diiringi Azman (kiri) menyampaikan anugerah cemerlang kepada anggota KPDN di Kelantan.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Badminton Bersama Agensi sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-53 peringkat negeri Kelantan di Kompleks Belia dan Sukan Panji di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail.

Iklan

Aris berkata, keanggotaan di Kelantan hanya sekitar 147 orang, walaupun negeri itu bersempadan dan berdepan pelbagai cabaran berkaitan ketirisan barang kawalan.

“Stesen minyak pun lebih banyak iaitu 250 daripada jumlah pegawai kami di Kelantan.

“Sebab itu penting untuk kami bekerjasama erat dengan agensi lain di peringkat negeri dan persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN Kelantan merekodkan prestasi cemerlang setakat Januari hingga Jun tahun ini apabila berjaya membuka 572 kes penyelewengan barang kawalan melibatkan 141 tangkapan dengan nilai sitaan mencecah RM2.1 juta.

Sebanyak 349 kes dikompaun dengan nilai keseluruhan RM441,950 manakala 33 kes dibawa ke mahkamah membabitkan denda berjumlah RM130,000.