Lelaki tersangkut dalam kolah bilik air diselamatkan bomba
Iklan
Seorang lelaki terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersangkut dalam kolah bilik air rumahnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Khamis. Foto JBPM
KOTA BHARU - Seorang lelaki terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersangkut dalam kolah bilik air di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini pada Khamis.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.49 petang.
Iklan
Iklan
"Setiba di lokasi, kami dapati mangsa yang berusia 48 tahun berada dalam kolah dengan keadaan separuh badan terperangkap.
"Mangsa difahamkan mempunyai berat sekitar 120 kilogram," katanya ketika dihubungi.
Iklan
Menurut beliau, hasil maklumat daripada keluarga, lelaki itu dipercayai tergelincir ketika masuk ke tandas sebelum jatuh ke dalam kolah dan tidak dapat mengangkat dirinya keluar.
Ujarnya, usaha awal oleh bapa dan adik mangsa untuk mengeluarkannya gagal sebelum mereka mengambil keputusan menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Iklan
Mohd Nazri memberitahu, seramai empat anggota dikerahkan dan operasi mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengangkat mangsa keluar dengan selamat.
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>