BANGKOK - Ketua Pengarah Taman Negara Thailand, Atthaphon Charoenchansa mengarahkan empat kawasan perlindungan hidupan liar dan dua taman negara dijadikan sebagai markas tentera bagi merancang serangan balas ke atas Kemboja selepas angka korban konflik terbaharu itu meningkat kepada 12 orang.
Media tempatan melaporkan staf di lokasi terlibat telah diarahkan meninggalkan kawasan tersebut atas faktor keselamatan.
Difahamkan, antara lokasi yang dipilih ialah Taman Negara Phu Chong Na Yoi dan Khao Phra Wihan serta Pusat Perlindungan Hidupan Liar Yod Dome.
Di beberapa lokasi, pegawai taman negara yang terlibat tugas rondaan akan ditempatkan di kawasan tertutup.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan di Bangkok mengarahkan penutupan 582 sekolah di Surin, Sisaket dan Buriram.
Beberapa sekolah di luar zon tempur turut dijadikan pusat penempatan sementara penduduk terjejas konflik bersenjata itu. - Agensi