Covid-19: UMNO tangguh mesyuarat 21,039 cawangan
Iklan
Ahmad Maslan
SHAH ALAM - UMNO memutuskan kesemua mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan penangguhan mesyuarat melibatkan 21,039 UMNO cawangan itu adalah sebagai langkah berhati-hati akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang diisytiharkan pandemik ketika ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang diadakan hari ini.
"Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO pada hari ini membuat keputusan berikut iaitu menangguhkan mesyuarat 21,039 UMNO cawangan di seluruh negara kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Iklan
"Ini sebagai langkah berhati-hati akibat penularan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad berkata, selain penangguhan mesyuarat UMNO cawangan seluruh negara, pengurusan tertinggi parti itu turut tidak menggalakkan penganjuran semua program UMNO yang melibatkan orang ramai.
Iklan
"Semua program UMNO yang melibatkan orang ramai tidak digalakkan buat masa ini dan dinasihatkan agar ditangguhkan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>