Tiga pelajar maut: Suasana pilu selubungi Hospital Rembau

Iklan
Ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa mula memenuhi pekarangan Unit Forensik Hospital Rembau.

REMBAU - Suasana pilu menyelubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau pada Khamis sebaik saja ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa nahas kemalangan motosikal di Kilometer 262.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara tiba.

Selain tangisan kelihatan juga ahli keluarga mangsa yang terpaksa dipapah kerana gagal membendung kesedihan.

Iklan
Iklan

Tiga mangsa yang maut merupakan pelajar sebuah kolej di Bangi dan ketika ini proses bedah siasat sedang dilakukan.

Jenazah kesemua mangsa akan dibawa ke kampung halaman masing-masing iaitu Melaka, Salak Tinggi, Sepang dan Gombak, Selangor.

Iklan

Difahamkan, kejadian sekitar 3 pagi itu berlaku selepas motosikal ditunggang mereka hilang kawalan selepas bergesel sesama sendiri membabitkan lebih 15 buah motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan kemalangan berlaku dan akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci berhubung kejadian.

Iklan