PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] “Biarlah dia.” Itu jawapan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir yang mahukan kerajaan membuat pendakwaan dan membuktikan kesalahan beliau di mahkamah.