Anggota polis trafik dilanggar motosikal ketika bertugas

Iklan
Gambar tular memaparkan anggota polis trafik cedera dalam kemalangan di Kilometer 21.2 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Selasa

PETALING JAYA - Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas dilanggar sebuah motosikal di Kilometer 21.2 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke restoran jejantas Sungai Buloh di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kejadian berlaku pada jam 9.15 pagi, seorang lelaki berusia 37 tahun yang menunggang motosikal tidak sempat mengelak anggota polis trafik yang sedang menjalankan pemeriksaan di lorong kecemasan.

Iklan
Iklan

"Akibat kemalangan itu, anggota polis trafik berpangkat Sarjan berusia 43 tahun mengalami kecederaan di muka dan kepala," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Shahrulnizam berkata, anggota polis trafik itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Iklan

"Keadaan anggota polis trafik itu stabil. Penunggang motosikal itu juga cedera dan sedang dirawat di hospital.

"Kita belum merakam keterangan penunggang motosikal itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan