Akta lindungi hak cipta perlu diwujudkan elak ancaman AI – PM

Iklan
Anwar (tiga dari kiri) menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Melukis Dengan Hati: Biografi Perjalanan Seni 50 Tahun Karya Zunar di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada Selasa.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya satu peruntukan perundangan diwujudkan bagi melindungi hak cipta dan ketulenan karya tempatan susulan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan hasil karya seni tidak terdedah kepada ancaman seperti plagiat yang semakin membimbangkan ekoran ledakan teknologi AI.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital perlu mengambil tindakan segera dalam memastikan karya seni tempatan terus dilindungi.

“Tentang masalah hak cipta ini, jaminan bukan sahaja kepada kartunis tetapi juga melibatkan filem, puisi dan karya lain yang kadang-kadang berdepan isu hak cipta disebabkan perkembangan AI,” ujarnya.

Iklan

Menurut beliau, perlindungan undang-undang itu penting bagi menjamin kekuatan daya cipta dan keupayaan seorang pengkarya seni agar tidak tersekat hanya disebabkan isu hak cipta atau ketulenan sesebuah karya yang dihasilkan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Melukis Dengan Hati: Biografi Perjalanan Seni 50 Tahun Karya Zunar di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di sini pada Selasa.

Iklan

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Fahmi Fadzil; serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.