Pengarah urusan syarikat didakwa beri suapan dapatkan projek genset RM166,500

Iklan
Kau Lik (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada Selasa atas tuduhan memberi suapan.

MELAKA - Seorang pengarah urusan syarikat dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan memberi suapan RM2,000 bagi upah mendapatkan projek penyewaan genset bernilai RM166,500.

Tertuduh, Lee Kau Lik, 63, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan tertuduh sebagai pengarah urusan syarikat telah secara rasuah memberikan satu suapan wang tunai RM2,000 secara pindahan dalam talian kepada seorang lelaki sebagai upah membantu syarikatnya mendapatkan projek penyewaan genset bernilai RM166,500.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank Cawangan Tengkera di sini pada 5 November 2023.

Iklan

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal kesalahan itu atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Sharina Farhana Nor Sa'ari mencadangkan tertuduh dijamin sebanyak RM12,000.

Iklan

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana hanya dia seorang yang menyara keluarga selain menanggung isteri dan anak

Tertuduh juga memberikan alasan dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 27 Ogos depan untuk sebutan semula kes.