Pengguna TikTok disiasat muat naik kandungan jelik terhadap PM

Iklan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

CYBERJAYA - Seorang pengguna akaun TikTok disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melampau melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan, SKMM memaklumkan kandungan berkenaan dipercayai dimuat naik sebagai reaksi terhadap isu berhubung pesta tidak bermoral di dalam negara serta kenyataan rasmi Anwar mengenai pemberian insentif penghargaan kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Dalam satu lagi hantaran, individu terbabit turut disyaki membuat tuduhan bersifat palsu dan jelik melampau berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

SKMM memaklumkan pihaknya telah menyita seunit telefon bimbit dan sekeping kad sim ketika merakamkan keterangan individu terbabit di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini pada Isnin.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

"SKMM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk penyebaran kandungan jelik melampau atau tuduhan tidak berasas, serta akan terus mengambil tindakan tegas demi memelihara ketenteraman awam dan keharmonian negara," jelasnya.

Iklan