Obses nak putih tapi bawa binasa

Iklan
Pantang nampak cermin, asyik belek muka. Kalau nampak jerawat sebiji, terus panik macam dunia nak kiamat. Gambar hiasan 123rf.

MERAK Jalanan rasa pelik juga tengok trend manusia zaman sekarang.

Pantang nampak cermin, asyik belek muka. Kalau nampak jerawat sebiji, terus panik macam dunia nak kiamat. Kalau kulit tak cukup putih, mulalah rasa rendah diri.

Iklan
Iklan

Padahal Tuhan sudah cipta kita elok-elok. Ada mata, ada hidung, ada mulut dan lengkap semuanya. Tapi masih juga tak puas hati. Sanggup berhabis ribu-ribu buat pembedahan plastik.

Hidung ditinggikan, dagu diruncingkan, pipi ditegangkan. Akhirnya, yang asal cantik pun jadi pelik.

Iklan

Lagi satu yang Merak Jalanan perhatikan, ramai yang obses nak putih. Macam tak sedar diri lahir kat negara Khatulistiwa.

Memanglah kulit kita sawo matang. Tapi nak juga disuntik segala macam cecair konon-konon nak jadi putih melepak. Sampai ada yang sanggup cucuk glutathione, vitamin C, entah apa-apa lagi.

Iklan

Masalahnya, benda tu bukan calang-calang risiko. Kalau cucuk dengan orang tak bertauliah, silap hari bulan boleh rosak buah pinggang. Nak cantik punya pasal, tapi akhirnya badan yang merana.

Kulit pun boleh jadi nipis, mudah kena penyakit. Itu belum kira yang kulit jadi bercapuk, muka jadi tompok-tompok macam peta dunia.

Merak Jalanan juga pernah dengar cerita, ada yang sanggup gadai barang kemas mak ayah, pinjam duit lintah darat semata-mata nak buat rawatan muka dan badan.

Sudahnya, duit habis, muka pun rosak. Bila tak jadi seperti diidamkan, mulalah kemurungan. Sampai ada kes tak nak keluar rumah sebab malu dengan muka sendiri.

Kalau tanya doktor, mereka pun geleng kepala. Banyak bahan pemutih yang dijual secara haram, tak ada kelulusan KKM.

Ada yang mengandungi merkuri, ada yang pakai hydroquinone berlebihan. Kesan jangka panjang? Bukan saja kulit rosak, malah boleh bawa maut.

Merak Jalanan cuma nak pesan satu saja. Jagalah kesihatan, bersyukurlah dengan apa yang ada. Kalau nak cantik, biarlah cantik cara selamat.