SUNGAI PETANI - Seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah di daerah ini dilaporkan mengalami pendarahan dalaman di bahagian mata disyaki ditumbuk pelajar lain pada Isnin.
Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 16 tahun turut dipukul sehingga mengalami sakit kepala, muntah dan bengkak di mata.
Iklan
Iklan
Akibat kejadian, waris mangsa dikatakan telah dipanggil ke sekolah untuk mengambilnya bagi mendapatkan rawatan.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman di bahagian mata disyaki ditumbuk.
Laporan polis telah dibuat oleh keluarga untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.