Syahir persoal wujud monopoli, oligopoli skim 'Beli Sekarang Bayar Kemudian'

Iklan
Syahir Sulaiman .

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mempersoalkan sama ada wujud elemen monopoli atau oligopoli dalam pasaran perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL).

Syahir berkata, sehingga Disember 2024, terdapat 12 penyedia BNPL yang aktif termasuk empat yang mematuhi prinsip syariah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun tiga penyedia utama antaranya Shopee (SPayLater), Grab (PayLater) dan Atome menguasai lebih 95 peratus pasaran dari segi akaun aktif, jumlah serta nilai transaksi.

"Jadi adakah wujud elemen monopoli atau oligopoli dalam sektor yang lumayan ini dan apakah langkah kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak persaingan supaya kepentingan pengguna lebih terjamin.

Iklan

"Saya fokuskan topik perbahasan terhadap skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (Buy Now Pay Later, BNPL). Saya juga telah bangkitkan isu ini dalam perbahasan Belanjawan 2025 yang lalu," katanya dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 pada Isnin.

Tambah Syahir, pengguna di Malaysia khususnya kalangan muda bawah 40 tahun, berisiko terjerumus dalam kancah hutang isi rumah yang lebih tinggi akibat kecenderungan menggunakan kemudahan skim BNPL.

Iklan

Lebih membimbangkan perluasan kemudahan BNPL kepada transaksi bernilai lebih tinggi dan tempoh bayaran sehingga 24 bulan, berbanding tempoh lazim satu hingga enam bulan.

"Walaupun kadar tunggakan masih rendah (sekitar 2.9peratus), potensi risiko hutang tertangguh dan psikologi kecenderungan berhutang tetap wujud terutama dalam kalangan generasi muda, mahasiswa, dan golongan B40.

"Semua ini perlu diambil kira dalam penetapan peraturan, standard dan garis panduan oleh Suruhanjaya Kredit Pengguna yang ditubuhkan melalui fasal 6, 7 dan 8 RUU ini supaya benar-benar dapat melindungi kepentingan pengguna," ujarnya.