Pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus bukti usaha Kerajaan Madani berkesan - KPKT
Iklan
Kor Ming
SHAH ALAM - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan 4.5 peratus pada suku kedua 2025 membuktikan keberkesanan usaha reformasi Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merangsang ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pertumbuhan itu adalah petunjuk jelas bahawa dasar fiskal serta inisiatif kerajaan bersifat mengutamakan rakyat dan menyeluruh, mula membuahkan hasil positif.
Iklan
Iklan
“Di sebalik tekanan global semakin mencabar, permintaan domestik yang stabil dan keyakinan pengguna dan pelabur mencerminkan keberkesanan pendekatan kerajaan.
"Sektor pembinaan turut dilaporkan menunjukkan momentum kukuh dengan jangkaan kadar pertumbuhan sebanyak 11.0 peratus diterajui oleh projek bangunan bukan kediaman dan perumahan," katanya.
Iklan
Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal mengatasi peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.
Kor Ming memberitahu, sektor perkhidmatan dijangka berkembang sebanyak 5.3 peratus iaitu meningkat daripada 5.0 peratus pada suku sebelumnya, manakala sektor pembuatan pula mencatat pertumbuhan 3.8 peratus.
Iklan
Kongsi beliau, jangkaan pertumbuhan keseluruhan tersebut didorong oleh permintaan domestik yang diperkukuh melalui pelbagai inisiatif kerajaan seperti pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Menurutnya, inisiatif-inisiatif lain termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta peningkatan gaji minimum telah membantu meningkatkan pendapatan serta kuasa beli rakyat.
"Bagaimanapun, kerajaan terus berwaspada dengan risiko luaran seperti ketegangan perdagangan global dan perang tarif yang masih berterusan," ujarnya lagi.
Menurut beliau, kerajaan juga sentiasa kekal komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta kesejahteraan seluruh lapisan rakyat sentiasa terjamin.
Dalam pada itu, Kor Ming turut menyambut baik keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke paras 2.75 peratus sebagai langkah proaktif bagi menyokong aktiviti ekonomi negara khususnya dalam bidang hartanah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>