Inovasi pendidikan Kit Binujar 4.0 raih anugerah emas di pentas dunia

Iklan
Muhammad Shahrol (kiri) dan Cikgu Asa'adatul Jannah Kamaruddin (kanan) bersama pasukan inovasi SK Putrajaya Presint 18 (1) selepas diumumkan pemenang anugerah emas WICO.

PUTRAJAYA - Sekumpulan pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) melakar sejarah tersendiri apabila inovasi pendidikan, Kit Binujar 4.0 yang dibangunkan mereka tiga tahun lalu mendapat Anugerah Emas di World Invention Creativity Olympics (WICO), Sabtu lalu.

Guru pembimbing, Muhammad Shahrol Harun ketika dihubungi memaklumkan penyertaan kali pertama di pentas berprestij itu mengangkat inovasi pasukan mereka di persada dunia.

Iklan
Iklan

"Kami tidak jangka memperoleh aungerah emas ini kerana persaingan sengit dengan pelbagai inovasi lain dari pelbagai negara.

"Ia adalah suatu pengiktirafan kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan pelajar serta ibu- bapa dalam menjayakan inovasi ini," katanya pada Isnin.

Iklan

Pasukan Binujar 4.0 memberi penerangan kepada deligasi asing pada penyertaan tersebut.

Ujar beliau, Kit Binujar 4.0 dibangunkan sejak tiga tahun lalu hasil daripada pengamatan kepada permasalahan yang dihadapi murid terutamanya kemahiran menulis bagi huruf berekor seperti seperti ‘g’, ‘j’, ‘y’, ‘p’ dan ‘q’.

Iklan

"Idea ini tercetus apabila melihat ramai murid menghadapi kesukaran untuk menulis huruf berekor, jadi kami bangunkan Kit Binujar dengan beberapa peringkat sebelum ia diguna pakai di sekolah," katanya.

Jelas beliau, inisiatif itu membuahkan hasil apabila murid boleh menulis dengan baik dan kemas menggunakan inovasi berkenaan.

"Kami kemudiannya memperluaskan Kit Binujar secara digital selari dengan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," jelasnya.

Selain Muhammad Shahrol yang juga Guru Digital KPM, turut serta Cikgu Asa'adatul Jannah Kamaruddin dalam penganjuran yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 Julai di Seoul National University of Education.

Pasukan inovasi SK Putrajaya Presint 18 (1) bergambar kenangan bersama juri.

Penyertaan terdiri daripada tiga pelajar darjah enam iaitu Muhammad Ammar Ziqry Mohd Iskandar, Puteri Nur Shaheera Muhammad Rafique dan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) penglihatan, Rania El Zara binti Shazan Kamarul Ariffin.

Turut serta, Hadif Sufyyan Mohd Hirman, Raja Auni Safiyya Raja Mohd Zulfadli,  Sumayyah Budi Mawardi dan Nor Adelea Zara Mohd Fahmi masing-masing merupakan murid darjah 5.

Dalam pada itu Muhammad Shahrol turut memuji keberanian muridnya mempersembahkan Kit Binujar kepada deligasi asing.

"Mereka sangat lancar menceritakan keistimewaan inovasi kami kepada deligasi asing termasuk juri.

"Ini merupakan langkah pertama untuk memperkukuh keyakinan mereka dalam kemahiran berkomunikasi," katanya.