Bot karam: Mayat ditemukan tidak jauh dari lokasi - Bomba

Iklan
Mangsa bot karam diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

KINABATANGAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya karam bersama tiga individu lain ditemukan meninggal dunia di sungai berhampiran Ladang Temenggong, di sini pada petang Ahad.

Mayat mangsa, Adzly Kassim, 46 tahun, ditemukan sekitar jam 6.30 petang oleh penduduk kampung, kira-kira 15 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sebaik pasukan tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada Balai Polis Kinabatangan.

“Maklumat awal mendapati terdapat empat individu yang melakukan aktiviti memancing di sungai berkenaan sebelum bot mereka karam.

Iklan

“Tiga daripada mereka sempat menyelamatkan diri manakala seorang lagi dilaporkan hilang dan usaha mencari dilakukan serta-merta,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hairi berkata, pasukannya kemudian dimaklumkan mengenai penemuan mayat oleh penduduk kampung di kawasan berhampiran.

Iklan

“Mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang dan disahkan telah meninggal dunia. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Susulan penemuan tersebut, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 7 malam setelah keadaan disahkan selamat.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan bot yang dinaiki empat lelaki karam dan menyebabkan seorang hilang manakala tiga lagi terselamat.