Seorang hilang, tiga selamat bot karam di Sabah

Iklan
Operasi SAR mangsa yang hilang selepas bot dinaiki karam di sungai berhampiran ladang Temenggong, Kinabatangan.

KINABATANGAN – Seorang lelaki dilaporkan hilang manakala tiga lagi sempat menyelamatkan diri selepas bot yang dinaiki mereka karam di sungai berhampiran Ladang Temenggong di sini pada Ahad.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Adzly Kassim, 46, dan usaha mencarinya sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Kinabatangan pada jam 11.49 pagi.

Katanya, seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 115 kilometer dari BBP Kinabatangan.

Iklan

“Jentera tiba di lokasi pada jam 3 petang selepas dimaklumkan bahawa kejadian melibatkan sebuah bot yang dinaiki empat lelaki telah karam di sungai. Tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi bot karam menggunakan bot penduduk kampung di permukaan sungai,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambah beliau, sehingga jam 5.30 petang, mangsa masih belum ditemui.

“Operasi ditangguhkan dan akan disambung semula esok. Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.