Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti tiada campur tangan politik

Iklan
Nga Kor Meng (dua dari kanan) menerima cenderahati daripada Hilmi.

KOTA BHARU - Pelantikan Ketua Hakim Negara, terbukti memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan Artikel 122B tanpa sebarang campur tangan politik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkenaan dilaksanakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Iklan
Iklan

"Syabas dan tahniah kerana pelantikan itu sudah direstui oleh Majlis Raja-Raja dan dilakukan dengan tertib dan mengikut Perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih KPKT di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Kesihatan danxAlam Sekitar, Hilmi Abdullah.

Kor Meng turut berharap institusi kehakiman negara akan terus menyakinkan rakyat melalui keputusan yang adil dan saksama kepada semua pihak mengikut lunas undang-undang.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan pelantikan Wan Ahmad Farid yang pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia di Facebook Badan Kehakiman Malaysia, pada tengah malam 17 Julai.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-PertuanAgong akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara.