Pelayan bar didakwa jadi keldai akaun
Iklan
Shin Nam (dua dari kanan) dibawa polis ke Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menjadi keldai akaun empat bulan lalu.
SEREMBAN - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menjadi keldai akaun empat bulan lalu.
Tertuduh, Lee Shin Nam, 27, yang bekerja sebagai pelayan bar bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Saiful Sayoti selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah secara tidak langsung, tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang membenarkan orang lain mempunyai kawalan terhadap akaun bank miliknya.
Kesalahan itu dilakukan pada 26 Mac 2025, kira-kira jam 4.51 petang di sebuah bank di Taman Semarak, Nilai.
Iklan
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjara tidak kurang daripada satu tahun dan maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Iklan
Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur'Aqilah Syarfa Nik Zaidi mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Malaysia, Chrysandy Lai memaklumkan bahawa tertuduh memohon jumlah jaminan yang rendah kerana akan dijamin oleh ayahnya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM2,000 sebulan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin warganegara dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 Ogos depan.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.