Unifi Business pacu PMKS jadi juara digital

Iklan
Forum Bagaimana Menjadi Usahawan Yang Berjaya mendapat sambutan dari orang ramai di Hari PMKS 2025 di Bazar Serambi Teruntum, Kuantan.

KUANTAN – Sambutan Hari PMKS 2025 di Bazar Serambi Teruntum, Kuantan, berlangsung meriah dengan kehadiran ratusan usahawan dan rakan strategik dalam usaha memperkukuh sokongan terhadap Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Majlis yang dianjurkan oleh Unifi Business ini merupakan sebahagian daripada kempen #sapotlokal dan #BelanjaDiSME yang memasuki tahun keempat penganjurannya.

Iklan
Iklan

Naib Presiden Unifi Business, Dr. Mohamad Yusman Ammeran, dalam ucapan alu-aluannya, menegaskan bahawa PMKS memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi negara.

"Hari PMKS ini bukan sekadar perayaan, tetapi simbol penghargaan kepada para usahawan kecil yang kini makin berani melangkah ke era digital," katanya.

Iklan

PMKS semakin digital, melangkah maju

Menurut beliau, ramai usahawan mikro dan kecil kini telah berjaya memanfaatkan platform digital seperti e-dagang, automasi, pemasaran digital dan teknologi kewangan.

Iklan

Jelas Dr. Mohamad Yusman, transformasi ini telah menjadikan PMKS lebih kompetitif dan bersedia untuk bersaing di peringkat global.

"Untuk menyokong perjalanan digitalisasi ini, Unifi Business menawarkan pelbagai solusi komprehensif termasuk jalur lebar, perkhidmatan mudah alih, serta khidmat sokongan melalui Unifi Business Club (UBC).

"Menerusi laman ubc.unifi.com.my, usahawan boleh mengakses pelbagai info, panduan, dan tip untuk memajukan perniagaan masing-masing," jelasnya.

Dr Mohamad Yusman memberi ucapan pada Hari PMKS 2025 di Bazar Serambi Teruntum, Kuantan.

Program Impak Biz, peluang ke Oxford

Unifi Business turut mengumumkan pelancaran Program Impak Biz bulan ini yang menawarkan tinjauan percuma untuk menilai tahap digitalisasi perniagaan PMKS.

Peserta program ini berpeluang menerima khidmat pemasaran kreatif PERCUMA serta pembiayaan kewangan pada kadar faedah istimewa.

Lebih menarik, satu peraduan khas kini berlangsung yang menawarkan hadiah utama berupa penyertaan dalam program kepimpinan dan keusahawanan (LEAP Program) di University of Oxford, United Kingdom. Dua pemenang bertuah akan menerima tajaan penuh termasuk tiket penerbangan dan penginapan.

Sokongan berterusan untuk PMKS

Sambutan Hari PMKS 2025 diteruskan di lokasi seterusnya di Pasar Kedai Payang 1, Kuala Terengganu selepas Kuantan dan Kota Bharu.

Majlis ini turut menjadi platform jalinan kerjasama antara Unifi Business dan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, persatuan peniaga, serta komuniti usahawan tempatan.

Dr. Yusman menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong PMKS tempatan.

“Dengan dorongan yang betul, lebih ramai usahawan kecil boleh menjadi juara digital dan membawa jenama tempatan ke pentas dunia,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari: biz.unifi.com.my/gobookit  dan http://biz.unifi.com.my