Mendepani COP yang mengecewakan
Iklan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2026 di Antalya, Türkiye yang berlangsung pada 9 hingga 20 November 2026.
AGENDA kelestarian sememangnya telah berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam sektor pendidikan, korporat dan ruang awam di Malaysia. Universiti merupakan antara pihak terawal yang menerima pakai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), sekali gus memberikan kesan mendalam terhadap cara golongan muda Malaysia melihat dan memahami planet ini.
Lembaga pengarah syarikat yang pada awalnya kurang senang dengan kewajipan pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), kini mula melihat manfaat daripada usaha memperjuangkan kelestarian.