Langkah transformasi PM bukan sekadar slogan

Iklan
Anwar Ibrahim

KERAJAAN giat melaksanakan transformasi beberapa institusi secara menyeluruh melibatkan badan penguat kuasa seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kehakiman. 

Usaha ini selari dengan prinsip MADANI untuk mengukuhkan pengurusan pentadbiran negara yang lebih cekap, berintegriti dan diyakini rakyat.

Iklan
Iklan

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau dan barisan Kabinet tidak akan mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing, sekali gus memastikan tata kelola yang baik di bawah pentadbirannya.

Transformasi ATM menampilkan beberapa langkah strategik merangkumi teknologi pertahanan, pemantapan integriti dan kebajikan anggota.

Iklan

Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa Disember lalu dengan pelarasan gaji sehingga 15 peratus bagi kumpulan pelaksana dan profesional ATM, usaha meningkatkan motivasi serta perkhidmatan.

Pada masa sama, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan kepentingan ATM supaya dilengkapi sistem pertahanan moden dan mengingatkan agar tiada campur tangan politik atau pengaruh daripada syarikat pembekal dalam proses perolehan aset ketenteraan.

Iklan

Penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan latihan teknologi AI turut memacu kesiapsiagaan PDRM menghadapi cabaran keselamatan siber.

SPRM di bawah kerajaan MADANI pula menerima mandat lebih jelas dan berani apabila Anwar memberi lampu hijau kepada suruhanjaya itu untuk menyiasat menteri serta pegawai tinggi kerajaan tanpa perlu mendapatkan kelulusan tambahan.

Tambahan pula, lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sehingga Mei 2026 dibuat atas keyakinan terhadap ketegasan beliau dalam menangani kes berprofil tinggi.

Badan kehakiman turut menerima tumpuan strategik melalui kajian semula Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK 2009).

Malah cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dwipartisan bagi memantau pelantikan hakim mahkamah atasan merupakan langkah penting ke arah ketelusan dan pengasingan kuasa.

Berdasarkan beberapa transformasi tersebut, langkah PM ini memperlihatkan tekad politik untuk membina semula asas pentadbiran negara yang bukan sekadar melalui slogan, tetapi menerusi dasar, struktur dan tindakan berani serta berkesan.