Bayi jadi mangsa rogol, dewasa pula ligat berpesta seks songsang

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123Rf

 

MERAK Jalanan mengucap panjang. Mata tak lelap, jiwa tak tenang selepas membaca kes jenayah terhadap bayi.

Iklan
Iklan

Bayangkan bayi tiga bulan yang tak tahu apa-apa, jadi mangsa rogol malah dirakam dan dijual videonya. Sampai tahap itu akal manusia hilang kewarasan.

Tak tahu nak panggil apa pada manusia jenis ini. Tiada sedikit pun rasa belas atau perikemanusiaan. Binatang pun sayang anak.

Iklan

Apa jenis hati manusia yang boleh buat kerja sekeji ini? Lebih menyayat hati, ada pula ‘permintaan’ terhadap rakaman sebegitu. Mana hilang nilai kemanusiaan kita?

Sedih mengenang nasib bayi yang menjadi mangsa kezaliman. Belum sempat pun kenal dunia dan belum tahu pun sebut ‘ibu’ tapi hidupnya sudah dirosakkan oleh tangan jahat yang hilang akal serta jiwa.

Iklan

Ini jenayah kejam maka pelakunya wajib menerima hukuman berat tanpa kompromi.

Dalam kes lain, pihak berkuasa serbu ‘pesta gay’ di Kelantan. Ratusan kondom dan ubat HIV ditemui dengan sebilangan individu yang ditahan mengaku positif HIV serta aktif seks songsang.

Bukan sahaja melanggar hukum agama, tetapi membahayakan kesihatan masyarakat secara terbuka. Ini bukan soal peribadi, ini soal keselamatan awam.

Merak Jalanan bukan nak menghukum membuta tuli. Tapi apabila perkara begini berlaku depan mata, kita tak boleh lagi tutup mata dan mulut dengan buat-buat tak tahu.

Bukan lagi masanya nak jaga ‘sensitiviti hak individu’ kalau yang dilindungi itu terang-terang jadi punca kerosakan akhlak dan nyawa.

Apa tindakan susulan kita? Jangan nanti rakyat jadi skeptikal hanya bising bila tular, tapi senyap bila isu reda.

Pihak berkuasa kena lebih tegas. Tidak sekadar tangkap tapi pastikan hukuman lebih berat berbanding kaunseling pemulihan.

Diharap tidak ada pula masyarakat yang menormalisasikan perkara sebegini.

Kes rogol bayi dan pesta seks songsang merupakan jenayah berat.