Tular video dua kanak-kanak didakwa ditinggal tepi jalan bersama botol susu

Iklan
Tangkap layar video tular menunjukkan dua kanak-kanak perempuan duduk di tepi jalan.

SEREMBAN - Tular video di media sosial dua kanak-kanak perempuan masih kecil yang didakwa ditinggalkan ibu bapa mereka di tepi jalan di Garden Avenue Seremban 2 di sini.

Video selama 12 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di tepi jalan sambil dipeluk adik perempuannya dari belakang berserta satu botol susu di tepi mereka.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah sebuah kereta peronda polis dan beberapa orang awam.

Perkongsian video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya meluahkan simpati dengan nasib dua beradik itu selain turut mengecam ibu bapa mereka.

Iklan

Perkongsian seorang pengguna Facebook yang memaklumkan kanak-kanak itu telah diambil bapa mereka.

Bagaimanapun tinjauan di ruang komen mendapati seorang pengguna Facebook tampil memaklumkan bahawa kanak-kanak terbabit bukannya ditinggalkan, sebaliknya mereka keluar sendiri dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa.

Iklan

"Bukan kena buang...kakak dia bawa adik keluar, ayah sedang tidur," kata Shahrul Ahmad.

Malah dia turut berkongsi gambar kedua-dua kanak-kanak itu bersama seorang lelaki dipercayai bapa mereka.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din turut mengesahkan yang kedua-dua mereka telah pun diambil oleh bapa mereka.