Polis siasat dakwaan anggota peras ugut wanita Taiwan

Iklan
Shahrulnizam.

PETALING JAYA - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang wanita warga Taiwan yang dikatakan diperas ugut oleh anggota polis dalam satu sekatan jalan raya di SS2 di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima satu kenyataan yang tular melalui aplikasi Facebook berkaitan dakwaan tersebut pada jam 1.41 pagi, Khamis.

Iklan
Iklan

"Wanita tersebut mendakwa telah ditahan oleh anggota polis semasa sekatan jalan raya dan telah diperas ugut.

"Susulan itu, kami akan menjalankan siasatan lanjut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan pemerasan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Shahrulnizam berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan tiada kompromi ke atas mana-mana anggota yang mengambil kesempatan dan mencemarkan nama baik pasukan.

"Identiti anggota polis tersebut telah dikenal pasti dan siasatan masih sedang dijalankan," ujarnya.

Iklan