Trump umum Coca-Cola akan guna gula tebu di AS

Iklan
Botol Coca-Cola berlabel “100% Recycled Bottle” dipamerkan di sebuah kedai di Stevensville, Maryland. - AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Rabu mengumumkan bahawa syarikat minuman gergasi Coca-Cola bersetuju untuk menggunakan gula tebu sebenar dalam produk keluarannya di pasaran domestik.

Trump membuat pengumuman itu di platform Truth Social miliknya sambil menyifatkan perubahan itu sebagai langkah baik untuk rakyat Amerika.

Iklan
Iklan

“Saya telah berbincang dengan Coca-Cola tentang penggunaan gula tebu sebenar dalam Coke di Amerika Syarikat dan mereka telah bersetuju.

"Terima kasih kepada semua pihak dalam Coca-Cola. Ini langkah yang sangat baik dan anda akan lihat nanti. Ia lebih baik!” tulis beliau.

Iklan

Ketika ini, Coca-Cola di pasaran AS menggunakan sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS), sejenis pemanis yang sering dikritik oleh Setiausaha Kesihatan, Robert F. Kennedy Jr. dan kempen kesihatannya, Make America Healthy Again.

Namun, perubahan itu tidak akan menjejaskan minuman kegemaran Trump sendiri iaitu Diet Coke yang mengandungi aspartame, pemanis tiruan yang pernah diklasifikasikan sebagai"kemungkinan karsinogen" oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC).

Iklan

Coca-Cola dalam kenyataan ringkas tidak mengesahkan secara langsung perubahan bahan itu,

“Kami menghargai sokongan Presiden Trump terhadap jenama Coca-Cola. Butiran lanjut mengenai produk baharu akan diumumkan tidak lama lagi,|" katanya.

Sirap jagung menjadi pilihan industri sejak 1970-an berikutan subsidi kerajaan kepada penanam jagung dan tarif import tinggi terhadap gula tebu.

Sebarang peralihan ke arah gula tebu dijangka mencetuskan bantahan dalam wilayah Corn Belt di AS yang selama ini menyokong kuat Trump.

Kajian tahun 2022 mendapati tiada perbezaan ketara dari segi kesihatan antara HFCS dan sukrosa (gula tebu), kecuali sedikit peningkatan penanda keradangan bagi pengguna HFCS.

Namun begitu, Coca-Cola dari Mexico yang menggunakan gula tebu sering dijual pada harga lebih tinggi di pasaran AS kerana dikatakan mempunyai rasa yang lebih semula jadi. – AFP