Cuba takutkan pencuri, warga emas maut tertembak diri sendiri di kebun durian

Iklan
Seorang lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri di kebun durian miliknya di Kuala Klawang di sini, pada petang Rabu. Gambar hiasan

JELEBU – Seorang lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri di kebun durian miliknya di Kuala Klawang di sini, pada petang Rabu.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 67 tahun cuba menakutkan pencuri yang disedari menceroboh kebunnya.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, mangsa telah pergi ke kebunnya sekitar jam 5 petang, namun masih tidak pulang ke rumah sehingga jam 9 malam, menyebabkan isterinya berasa curiga.

"Biasanya, jika jam 7 malam dia belum pulang, isterinya akan menelefon. Namun apabila pulang ke rumah jam 9 malam dan mendapati mangsa tiada, dia mula berasa bimbang.

Iklan

"Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik iparnya yang kemudiannya pergi ke kebun bagi mencari mangsa," katanya.

Sumber berkata, mangsa ditemukan terbaring tidak bernyawa di atas tanah dengan kesan tembakan pada bahagian dada.

Iklan

Tambahnya, adik mangsa telah membuat laporan polis berhubung kematian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintenden Azizan Said berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi.