Kelantan perlu serius tangani isu dadah, aktiviti tidak bermoral - Noor Hariri

Iklan
Noor Hariri

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan perlu lebih cakna dan bergerak seiring dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menghapuskan ketagihan dadah dan aktiviti tidak bermoral di negeri itu.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, perbuatan khayal akibat dadah telah mendorong kepada kejadian parti gay yang disifatkan sangat memalukan negeri Kelantan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peranan semua pihak amat diperlukan bagi menyokong tindakan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dalam jihad memerangi dadah.

“Wakil rakyat tidak boleh hanya duduk dan goyang kaki kerana semua ini merupakan tanggungjawab mereka untuk melaksanakan aktiviti kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Iklan

Noor Hariri turut menegaskan bahawa wakil rakyat tidak seharusnya lepas tangan dengan memberi alasan bahawa masalah dadah turut berlaku di negeri lain.

“Sikap tidak boleh ditegur dan bersifat ego tidak membantu pihak berkuasa.

Iklan

“Rakyat Kelantan akan kekal di takuk lama dan akan terus berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan fizikal dan spiritual sekiranya masih ada mentaliti ‘semua orang salah, aku sahaja yang betul’,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa polis telah melakukan serbuan terhadap satu perhimpunan kumpulan gay yang dipercayai disertai hampir 100 orang di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu.

Serbuan kira-kira jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu itu turut menahan lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun serta merampas ratusan kondom dan ubat berkaitan HIV.