Suami isteri disyaki dalang sindiket dadah RM3.1 juta disambung reman

Iklan
Pasangan suami isteri yang disyaki dalang sindiket pengedaran dadah bernilai RM3.1 juta disambung reman tujuh hari lagi bermula Khamis bagi membantu siasatan.

KOTA BHARU – Pasangan suami isteri yang disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah bernilai RM3.1 juta disambung reman selama tujuh hari lagi bermula Khamis bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua suspek dijangka didakwa di mahkamah pada 21 Julai ini.

Iklan
Iklan

“Setakat ini, kita masih belum menemui petunjuk yang boleh mengaitkan mereka dengan sindiket dadah lain,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan taktik pasangan suami isteri tersebut yang berselindung di sebalik perniagaan ayam segar dan menjadi pemandu e-hailing akhirnya terbongkar apabila Polis Kelantan berjaya menghidu kegiatan mereka yang dipercayai sebagai dalang sindiket pengedaran dadah.

Iklan

Dalam operasi berkenaan, polis merampas dadah seberat hampir 90 kilogram dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta.

Pasangan berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan pada jam 4 pagi di Jalan Padang Sembilan, Kuala Krai.

Iklan